Ilmu Tangga Kejayaan
endidikan merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan berlatih dari pendidikan pra sekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Antara kemudahan pendidikan pra sekolah yang terdapat di kawasan Kampung Permatang Duku ialah Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Sekolah Agama Permatang Duku dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lok Yok (2).
Selain itu, kelas-kelas agama Fardu Ain turut diberikan kepada anak-anak di sini. Pilihan sekolah-sekolah terbaik tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak penduduk Kampung Permatang Duku untuk mendapat pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan tahap pendidikan yang bermutu.
Persatuan Zapin Seri Bestari
Pelbagai aktiviti diadakan supaya anak-anak Kampung Permatang Duku tidak membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Antaranya menubuhkan Persatuan Zapin Seri Bestari yang melibatkan anak-anak kampung berumur lapan hingga 15 tahun. Persatuan ini diuruskan dan diajar oleh Nafisah Maarof. Latihan zapin diadakan seminggu sekali pada hari Sabtu bertempat di balai raya Kampung Permatang Duku.
|