Industri Inap Desa Tarikan Pelancong Ke Sini

P

otensi besar dalam Industri Inap Desa atau lebih dikenali sebagai homestay mendorong pengusahanya membina sebuah perkampungan yang seolah-olah pusat peranginan untuk keselesaan pelancong tempatan mahupun luar. Program Inap Desa kini dilihat menjadi antara tulang belakang kepada industri pelancongan sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung selain memberi publisiti kepada sesebuah kawasan pelancongan.

  “Pengunjung dapat menyelami kehidupan kampung yang jauh dari hiruk-pikuk bandar besar”
   

Delimah Mohd Din merupakan pengusaha Program Inap Desa dan pewaris kepada rumah tradisional Melayu Bugis yang terletak di Kampung Permatang Duku. Rumah tersebut kini mendapat sambutan menggalakkan secara tidak langsung dapat memperkenalkan kawasan sekitar kepada orang luar. Rumah tradisional ini masih mengekalkan ciri seni bina yang unik masyarakat Melayu Bugis. Rumah tradisional ini pernah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya adalah Rumah Tradisional Terindah dalam pertandingan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Kini rumah berkenaan mendapat gelaran Rumah Hinggap oleh penduduk di situ.

 
Kediaman penduduk berasaskan seni bina tradisional Melayu Bugis
 

Pengunjung tidak akan dibiarkan pulang dengan tangan kosong kerana pihak yang terlibat dengan Program Industri Inap akan memastikan anda mendapat keseronokan merasai pengalaman hidup bersama masyarakat kampung. Mereka akan dibawa melawat sekitar kampung dan diberi pendedahan bagaimana menjalani kehidupan masyarakat kampung.

 

 


Kunjungan YAM Tunku Mahkota Johor

Saat yang menggembirakan bagi pemilik rumah tradisonal Melayu Bugis apabila rumahnya terpilih untuk dijadikan tempat bermalam YAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail bersama tiga puteranya dalam jelajah Kembara Mahkota Johor pada tahun 2005. YAM Tunku Ibrahim Ismail memberi kesempatan kepada keluarganya untuk beramah mesra dan merasai kehidupan kampung tradisional. Walaupun satu malam sahaja, namun bagi Delimah ia merupakan saat paling manis dan berharga.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK