K-Bestari Kebanggaan Penduduk

"U

ntuk mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang mempunyai keyakinan diri dengan etika yang tinggi, selain kedudukan ekonomi yang kukuh serta mempunyai daya saing yang dinamik dan tinggi”.

Begitulah wawasan yang diterapkan oleh penduduk Kampung Permatang Duku sehingga berjaya memperolehi kejayaan besar. Satu anugerah ke satu anugerah dirangkul membuktikan bahawa masyarakat Kampung Permatang Duku hidup di atas usaha gigih dan semangat kerjasama yang diberikan oleh mereka.

Kampung Permatang Duku terletak dalam Mukim Benut, di Daerah Pontian, Johor Darul Takzim. Jarak perjalanan ke kampung ini sejauh sembilan kilometer dari Pekan Benut. Sebelum anda memasuki Kampung Permatang Duku, terdapat satu replika Menara Kuala Lumpur yang dihasilkan oleh penduduk kampung ini telah didirikan bersebelahan dengan pintu gerbang Kampung Permatang Duku. Klinik Desa terletak di dalam kawasan kampung ini dan jaraknya
kira-kira satu kilometer dari pintu gerbang Kampung Permatang Duku.

Pelbagai kemajuan dan juga pembaharuan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan tempatan bagi penduduk Kampung Permatang Duku. Penyediaan kemudahan asas yang diperoleh di
setiap pelosok kampung membuatkan Kampung Permatang Duku mendapat gelaran Komuniti Bestari atau K-Bestari. Kampung Permatang Duku akan terus menjadi contoh dan teladan kepada komuniti sedia ada di Negeri Johor.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK