Jalilah Ingin Meluaskan Perniagaan Sekitar Johor
idang keusahawanan di sini kebanyakannya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kampung Permatang Duku. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kampung Permatang Duku adalah pembuatan rempeyek dan kerepek pisang.
| |
 |
| |
| Kerepek pisang yang siap dibungkus |
|
Jalilah Haji Dasuki merupakan seorang pengusaha yang menghasilkan rempeyek dan kerepek pisang di Kampung Permatang Duku. Jalilah telah mengusahakan rempeyek dan kerepek pisang hampir lima tahun. Beliau membekalkan rempeyek dan kerepek pisang kepada pelanggan sekitar dengan berniaga di rumah. Pelanggan yang ingin mendapatkan rempeyek dan kerepek pisang akan datang ke rumah Jalilah untuk membuat tempahan. Beliau berazam untuk mengembangkan perusahaan rempeyek dan kerepek pisang sekitar Johor.
|