Rawatan Tradisional Sebagai Alternatif
enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan perubatan di setiap negeri bagi menjamin kesihatan setiap masyarakat. Di kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa dan Klinik Kesihatan.
| |
 |
| |
| Klinik Desa Kampung Permatang Duku |
|
Penduduk di Kampung Permatang Duku boleh menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Desa Kampung Permatang Duku. Klinik ini dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat iaitu Noreha Othman dan Suriati Che Soh untuk membantu penduduk kampung yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan. Selain itu, perkhidmatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak juga disediakan di sini. Klinik Desa ini memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
Namun, jika memerlukan rawatan lanjut, pesakit boleh berkunjung ke Hospital Pontian dan klinik swasta yang berdekatan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan mengikut jenis rawatan. Namun jika anda berkunjung ke klinik dan hospital kerajaan, bayaran minimum dikenakan untuk pesakit terutamanya warganegara Malaysia. Klinik Desa juga menyediakan kes-kes kecemasan yang dibuka 24 jam sehari jika ada berlaku hal-hal kecemasan di antara penduduk di sini.
Rawatan Alternatif
Bagi mereka yang ingin mendapat kaedah rawatan secara tradisional terdapat seorang tukang urut tradisional di kampung ini. Tuan Haji Ramdzan Mandir merupakan tukang urut yang popular di seluruh Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak serta Brunei dan Indonesia. Beliau menjalankan perubatan tradisional sejak tahun 1943 dan mempelajari kaedah rawatan tradisional di Beijing, China. Beliau memberikan perkhidmatan rawatan masalah jantung, resdung, batu karang dan lain-lain. Beliau menjalankan rawatan tradisional pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
|