Bagai Aur Dengan Tebing
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Kampung Permatang Duku berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Selain itu, tanggungjawab ini dipikul oleh JKKK dengan mewujudkan Biro Keselamatan yang menjadi tonggak penduduk.
Kampung Permatang Duku terletak di bawah kawasan atau kawalan Pondok Polis Pekan Parit Betak yang terletak tiga kilometer dari Kampung Permatang Duku. Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di Kampung Permatang Duku berada di dalam keadaan yang terkawal.
|