Prasarana Memudahkan Kehidupan Seharian

P

enduduk di Kampung Permatang Duku menikmati segala kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan komunikasi yang lengkap. Selain itu, kemudahan jalan raya yang telah dinaik taraf menjadikan perhubungan penduduk kampung dengan kawasan lain semakin mudah.

Kemudahan prasarana lain seperti dewan orang ramai, klinik desa, sekolah, masjid, surau, taman permainan dan perhentian bas turut disediakan bagi memudahkan penduduk kampung ini. Selain itu, sistem pengangkutan awam yang ada di Kampung Permatang Duku memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan berdekatan. Dengan kadar bayaran yang berpatutan ia menjadi pengangkutan pilihan penduduk untuk berulang-alik ke Pekan Benut dan bandar berdekatan.

Kemudahan balai raya telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk kampung. Ia menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyaratan sekaligus meningkatkan ukhuwah di kalangan penduduk setempat.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK