Aktiviti Kemasyarakatan Merapatkan Perpaduan

K
  “Pelbagai biro diwujudkan bagi melancarkan pentadbiran JKKK”
   

ampung Permatang Duku ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

JKKK diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Ibrahim Sarimon. Melalui pentadbiran beliau, pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Keselamatan dan Pembangunan, Biro Penerangan dan Penyiaran, Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Pendidikan serta Biro Sosial dan Kebajikan. Selain itu, terdapat juga Biro Keceriaan, Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan, Biro Agama dan Biro Ekonomi. Sejak sekian lama JKKK berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti gotong-royong dan kesukanan bagi merapatkan hubungan silaturahim. Di samping itu, JKKK Kampung turut merancang aktiviti kemasyarakatan untuk masa hadapan.
JKKK Kampung Permatang Duku sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga, masyarakat di sini memperoleh pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK