Tanaman Getah Pendapatan Utama Penduduk

S

umber pendapatan penduduk di kampung ini bergantung pada sektor pertanian, perladangan, berkebun secara kecil-kecilan, bekerja di sektor perkhidmatan awam atau badan kerajaan serta menjalankan perusahaan di sekitar kawasan kampung. Sektor perladangan merupakan penjana utama pendapatan penduduk Kampung Permatang Duku. Tanaman getah menjadi antara pekerjaan utama penduduk kampung ini. Keluasan tanaman di sekeliling kampung cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka. Ada juga memilih untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan seperti pisang, tebu dan ubi yang dipasarkan sekitar kawasan kampung.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk di sini. Industri pembuatan keperek pisang, tempe dan bengkel jahitan merupakan antara perusahaan yang dijalankan oleh kaum wanita di sini. Pembabitan wanita dalam sektor ini dapat membantu meningkatkan ekonomi kampung mereka. Bantuan-bantuan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan peralatan, sedikit sebanyak membantu mengembangkan sektor IKS di Kampung Permatang Duku.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK