Kampung Permatang Duku terletak dalam Mukim Benut, di Daerah Pontian. Kampung ini merupakan sebuah kampung yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Permatang Duku berazam melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang liberal, memahami sejarah, berakhlak tinggi serta mulia. Di samping itu, JKKK berharap agar penduduk Kampung Permatang Duku mempunyai keyakinan dan jati diri yang mantap agar dapat mempertahankan diri dari pengaruh yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara.


Kampung Sekitar Pelancongan

Kebanyakan penduduk di kampung ini menghargai kepentingan dan mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Semangat kejiranan adalah asas yang paling penting dalam membentuk masyarakat bersatu-padu, maju, sejahtera dan harmoni. Kampung Permatang Duku pernah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan di Negeri Johor.

Saat yang paling menggembirakan bagi pemilik rumah tradisional Melayu Bugis apabila rumahnya terpilih untuk dijadikan tempat bermalam YAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail bersama tiga puteranya dalam jelajah Kembara Mahkota Johor pada tahun 2005. YAM Tunku Ibrahim Ismail memberi kesempatan kepada keluarganya untuk beramah mesra dan merasai kehidupan kampung tradisional.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK
 
w