Belia Bersepakat Memajukan Kampung

G

olongan belia merupakan golongan terbesar dan aset yang amat beharga kepada sesebuah negara. Belia-belia di Kampung Permatang Duku bergiat aktif tidak kira dalam bidang sukan, kebudayaan dan keagamaan. Belia di kampung ini berusaha memberikan masa mereka untuk aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK walaupun mereka sibuk dengan kerja masing-masing.

 
 
Belia Kampung Permatang Duku bermain futsal di waktu petang

Selain itu, belia di sini juga amat aktif di dalam aktiviti kesukanan seperti bermain bola sepak, futsal dan sepak takraw. Hampir setiap petang mereka akan berkumpul dan beriadah bersama di gelanggang yang disediakan. Selain dapat menyihatkan tubuh badan mereka juga dapat menjalin hubungan yang erat sesama mereka. Melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan, belia di sini sedikit sebanyak mendapat pendedahan serta pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada kampung mereka. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh belia di sini mendapat kerjasama daripada JKKK dalam memberi bantuan dan khidmat nasihat.

Belia di sini bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan seperti menyertai Program Sebati Rakyat dan Anak Angkat kerjasama Komuniti Bestari dan penduduk Kampung Permatang Duku pada Mei 2008. Pelbagai aktiviti dijalan sepanjang program ini seperti bergotong-royong dan beramah mesra antara penduduk kampung dan anak angkat. Selain itu, Kumpulan Kompang Seni Sepakat di bawah bimbingan Zaini Sarponin juga ditubuhkan. Kumpulan ini sering kali menerima undangan pelbagai pihak untuk membuat persembahan tidak kira dalam apa jua majlis rasmi atau tidak rasmi.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK