Penglibatan Wanita Dalam Aktiviti

P

englibatan golongan wanita sememangnya penting untuk kemajuan masyarakat setempat dan tidak boleh diperkecilkan. Wanita era siber kini sudah mampu berdikari. Biro Wanita di Mukim Jabi aktif melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran mereka seperti kursus membuat kuih, kursus menjahit pakaian dan pembentukan usahawan muda. Biro Wanita, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Mukim Jabi kini sedang giat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti untuk kaum ibu.

Selain itu, terdapat segelintir kecil golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pisang goreng, membuka gerai makanan dan juga gerai menjual buah-buahan di Mukim Jabi. Secara tidak langsung, kegiatan ini menjadi sumber pendapatan alternatif kepada mereka.

Hubungan keakraban antara golongan wanita di dalam Mukim Jabi memupuk sifat kemesraan, perpaduan dan turut bersama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada kaum lelaki. Umpamanya, majlis-majlis keraian dan kenduri kendera dapat berjalan lancar dengan kehadiran kaum wanita untuk memasak dan menghias.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK