Merapatkan Jurang Digital
erkhidmatan Pemberian Sejagat (USP) Fasa 5 yang telah dimulakan pada bulan September adalah hasil usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada pengguna ini memberi peluang kepada penduduk sekitar luar bandar menikmati kemudahan komputer serta talian Internet. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan jurang digital penduduk luar bandar.
Para pelajar sekolah turut gembira dengan perkhidmatan USP kerana mereka tidak perlu lagi ke kafe siber mencari maklumat, malah boleh menggunakan dua perkhidmatan sekali gus, iaitu Perkhidmatan Perpustakaan dan Siber. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan ini menarik minat mereka berkunjung ke perpustakaan. Terdapat dua buah komputer yang disediakan oleh KTAK lengkap dengan kemudahan Internet. Perpustakaan Desa Pekan Jabi dikendalikan oleh seorang penyelaras iaitu Normala Abdul Manap. Beliau mula berkhidmat sejak perpustakaan itu dibuka pada tahun 1995.
 |
|
| Kemudahan komputer dan internet |
|
|
Selain kemudahan pinjaman dan pemulangan buku, perpustakaan desa ini juga sering menganjurkan pertandingan-pertandingan untuk kanak-kanak di dalam Mukim Jabi. Antara pertandingan yang pernah dianjurkan ialah pertandingan sajak, bercerita, mewarna dan melukis. Perpustakaan ini turut menyediakan kelas asas komputer kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.
|