Ikatan Silatulrahim Dipentingkan

J

umlah penduduk di Mukim Jabi dianggarkan seramai 3,000 orang. Jalan raya merupakan sistem perhubungan utama penduduk kampung. Maka tidak hairanlah sekiranya kebanyakan rumah penghuni dibina berderet di sepanjang jalan. Sungguhpun begitu, ada penduduk kampung yang masih lagi tinggal secara bertaburan di sekitar kawasan kampung dan berkelompok di beberapa kawasan penempatan baru.

Kaum Melayu beragama Islam merupakan majoriti penduduk di dalam Mukim Jabi. Kaum Cina dan India hanyalah segelintir kecil di sini. Kehidupan masyarakat di dalam Mukim Jabi masih lagi berteraskan nilai-nilai murni masyarakat Melayu tradisional. Tidak seperti masyarakat kota, penduduk di Mukim Jabi masih lagi mementingkan semangat kejiranan dan mengutamakan ikatan silaturahim agar perhubungan yang telah terjalin berkekalan. Amalan-amalan warisan seperti ziarah menziarahi dan gotong royong dalam kenduri kendera masih diamalkan sehingga ke hari ini. Justeru, tidak hairanlah masyarakat di sini dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK