Kempen Kesedaran

A

spek kesihatan amat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Minda yang cerdas dan tubuh badan yang sihat secara tidak langsung akan menaikkan taraf hidup sesebuah masyarakat. Terdapat sebuah klinik desa di dalam Mukim Jabi iaitu Klinik Desa Kampung Jabi.

Pelbagai kempen kesihatan dianjurkan oleh Klinik Desa Kampung Jabi dengan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Kempen-kempen ini diadakan adalah untuk menyedarkan tentang kepentingan aspek kesihatan kepada penduduk di sini. Antara kempen yang dianjurkan ialah Kempen Hapus Denggi, Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok dan banyak lagi.
Klinik desa yang dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyarakat berpengalaman turut menyediakan kemudahan seperti rawatan pesakit luar, pemeriksaan ibu mengandung dan juga pemeriksaan tekanan darah. Hospital Daerah Segamat yang terletak berhampiran turut memudahkan doktor pakar untuk datang melawat ke sini.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK