Bersama Memerangi Jenayah
ecara amnya soal keselamatan di dalam Mukim Jabi terletak di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai Polis yang paling hampir dengan Mukim Jabi ialah Balai Polis Daerah Segamat yang terletak di tengah-tengah Bandar Segamat. Biarpun begitu, soal keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Oleh yang demikian, penduduk kampung turut bersama-bersama berganding bahu dalam memerangi apa jua aspek yang boleh memudaratkan keselesaan dan juga keharmonian penduduk.
Ada juga sebilangan kecil penduduk kampung yang menjadi anggota RELA. Mereka biasanya melakukan rondaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi memantau keadaan di dalam Mukim Jabi. Pihak Bomba dan Penyelamat juga dipertanggungjawabkan untuk membantu mengawal keadaan sekitar kawasan mukim.
|