Meningkatkan Kualiti Kehidupan
ecara amnya, kemudahan asas yang terdapat di sekitar Mukim Jabi boleh dibanggakan. Terdapat pelbagai kemudahan prasarana dan juga infrastruktur dibina bagi mendekatkan jurang kemajuan antara masyarakat luar bandar dan bandar. Keseluruhan penduduk kampung mendapat kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, klinik desa, masjid, institusi pendidikan dan perhentian bas turut dibina.
 |
|
| Masjid untuk umat Islam menunaikan ibadah |
|
|
Jalan raya yang berturap dan juga papan tanda di bahu jalan memudahkan para pengguna jalan raya di Mukim Jabi. Pendek kata, seluruh penduduk Mukim Jabi kini mampu mengecap kemodenan dan juga kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
|