Peningkatan Taraf Hidup

M

ukim Jabi terletak di Daerah Segamat, Johor dan terbahagi kepada beberapa buah kampung kecil iaitu Kampung Jabi 1, Kampung Jabi 2, Kampung Jabi 3, Kampung Bumbun dan Kampung Bukit Tempurung. Seorang Penghulu Mukim telah dilantik oleh kerajaan bagi mentadbir Mukim Jabi dan setiap kampung pula diketuai oleh seorang Ketua Kampung. Mukim Jabi terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis dan di bawah kawasan Parlimen Sekijang. Pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam mentadbir Mukim Jabi ialah Majlis Daerah Segamat.

 

“arus pemodenan meningkatkan taraf hidup penduduk di Mukim Jabi”
   

Walaupun terletak di pedalaman, pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung di dalam Mukim Jabi. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah acara sukaneka, Pertandingan Bola Sepak, Program Mesra Rakyat, gotong-royong antara kampung dan juga Pesta Sukan Komuniti.

Suatu ketika dahulu penduduk di kawasan Mukim Jabi perlu berjalan kaki menuju ke satu-satu destinasi, namun arus permodenan meningkatkan taraf hidup dan hampir semua penduduk kampung mampu memiliki kenderaan sendiri. Kemudahan awam seperti teksi dan bas juga disediakan untuk kemudahan penduduk kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK