Peka Dan Prihatin
elbagai kemudahan prasarana dan juga infrastruktur yang dibina di dalam Mukim Jabi menjadi satu bukti bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Mukim Jabi sentiasa peka dan prihatin akan keselesaan masyarakat setempat. Selain membantu kerajaan mengeratkan perhubungan dengan masyarakat, JKKK turut membantu melaksanakan program-program pembangunan dalam kawasan Mukim Jabi. JKKK Kampung Jabi diketuai oleh Abdul Aziz Atan dan dibantu oleh beberapa biro seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan. Sifat kepimpinan dan juga karisma yang terdapat pada diri pengerusi JKKK ini membuatkan beliau disegani di kalangan penduduk kampung.
|