Pertanian Sumber Pendapatan Utama

S

ebahagian besar penduduk kampung di dalam Mukim Jabi menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama. Pokok getah merupakan tanaman utama di mukim ini. Kira-kira 60 hektar tanah yang digunakan untuk penanaman pokok getah diusahakan oleh penduduk di sekitar Mukim Jabi sama ada secara berkelompok atau individu. Selain menoreh getah, terdapat juga beberapa penduduk kampung yang menjadi pekebun kelapa sawit.

Ramai golongan muda di sini yang berhijrah ke ibu kota untuk mencari rezeki. Ada yang bekerja di kilang-kilang yang terdapat di Bandar Segamat. Ada juga sebilangan kecil penduduk yang berkerja sebagai kakitangan awam dan swasta atau menjalankan perniagaan makanan, perusahaan kuih kering seperti kerepek, baulu dan dodol. Bengkel besi kimpalan juga boleh didapati di sini.

“Musim buah-buahan sememangnya ditunggu-tunggu kerana secara tidak langsung, para pekebun berpeluang mendapat pendapatan lumayan”

 
   

Bagi penduduk kampung yang mempunyai dusun buah-buahan pula, kedatangan musim buah pastinya ditunggu-tunggu. Manakan tidak, hasil buah-buahan yang ditanam seperti durian, manggis dan langsat sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar buah-buahan tempatan dan pelancong asing. Secara tidak langsung, para penduduk kampung dapat mempromosikan keunikan dan keenakan buah-buahan tempatan kepada para pengunjung. Para pekebun buah pula berpeluang mendapat hasil yang lumayan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK