| Terkenal dengan durian, sebuah replika durian gergasi dibina khas oleh kerajaan sebagai identiti Mukim Jabi. Deretan gerai-gerai menjual buah durian terutamanya apabila tiba musim durian gugur menjadi daya tarikan para pelancong ke sini. |
Mukim Jabi juga terkenal dengan kisah mitos orang bunian yang dikatakan turut menghuni Mukim Jabi. Suatu ketika dahulu ada kalangan penduduk kampung yang pernah mendengar bunyi seperti orang berpindah-randah di kawasan kampung, namun tidak kelihatan seorang pun.
|