Bakal Pemimpin

B

elia merupakan tonggak utama yang bakal menjadi pemimpin tanah air kelak. Keutuhan jati diri dan juga sifat cintakan tanah air harus dipupuk di kalangan belia agar dapat melahirkan belia yang patriotik dan berkarisma. Jatuh bangun sesebuah negara itu bergantung kepada belia selaku pelapis yang akan mengharumkan nama sesebuah negara. Bagi melahirkan golongan belia yang berketerampilan dan berilmu, pihak Biro Belia dan Sukan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Jabi serta Majlis Belia Daerah Segamat bersama-bersama menganjurkan pelbagai aktiviti untuk para belia di sini. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan meliputi pelbagai aspek seperti kebudayaan, kesenian dan juga keagamaan.

Antara aktiviti yang sering dianjurkan khas untuk golongan belia Mukim Jabi ialah pertandingan sepak raga, bola sepak, badminton dan sukaneka. Belia wanita pula, mereka terlibat dalam senamrobik, kelas agama dan banyak lagi. Aktiviti kebudayaan seperti latihan kompang dan rebana turut dianjurkan. Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan minat para belia dalam bidang-bidang kesenian dan kebudayaan Melayu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK