Dirna Utama Enterprise
olongan wanita di Kampung Pedas Hilir juga aktif menjadi peniaga, usahawan kecil dan sebagainya. Dirna Utama Enterprise diuruskan oleh seorang wanita yang amat meminati bidang jahitan. Puan Rosalina telah membuka perniagaan kedai jahitnya sejak lapan tahun yang lalu. Premis perniagaannya terletak berdekatan dengan rumahnya di Taman Pedas Indah. Dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, Puan Rosalina menerima pelbagai jenis tempahan baju kurung, baju Melayu, baju kebaya dan lain-lain.
| |
 |
| |
| Tempahan yang diterima pada musim perayaan membuatkan saya tidak menang taangan- Rosalina |
|
Hasil daripada perniagaan kedai jahitnya, beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan. Namun, apabila menjelang musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pendapatan yang diperoleh meningkat berlipat kali ganda. Beliau yang dibantu oleh seorang tukang jahit turut mengupah kaum ibu yang berkebolehan menjahit untuk membantu beliau. Ini kerana tempahan baju yang diterima kadang kala terlalu banyak sehingga beliau tidak ‘menang tangan’ untuk menyiapkannya. Pada peringkat permulaan perniagaannya, beliau telah memohon pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
|