Memanfaatkan Teknologi Maklumat

A

ntara usaha kerajaan untuk memupuk masyarakat yang celik IT (Teknologi Maklumat) ialah melalui penubuhan Pusat Internet Desa di bawah Program Pemberian Sejagat (USP). Melalui program ini kerajaan membekalkan beberapa unit komputer dan kemudahan Internet Jalur Lebar. Kerajaan berharap penubuhan Perpustakaan Desa seumpama ini dapat memberi peluang kepada penduduk kampung memanfaatkan teknologi IT dalam kehidupan mereka. Pada masa sama, kemudahan-kemudahan prasarana di pusat berkenaan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

 
Pusat ini diselia oleh Haziah Muhammad sejak dibuka pada tahun 2005
 

Bagi Kampung Pedas Hilir, perkhidmatan USP telah disediakan di Perpustakaan Desa Kampung Pedas Hilir. Terdapat dua buah komputer, sebuah mesin pengimbas dan sebuah mesin pencetak. Sejak perkhidmatan ini disediakan, ia telah diselia oleh Mohd Khairul Khalid dan Haziah Muhammad. Perpustakaan Desa Kampung Pedas Hilir mula beroperasi pada April 2006. Perpustakaan ini boleh memuatkan sehingga kira-kira 30 orang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semenjak perpustakaan memulakan operasi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK