Inspirasi Sungai Menimbulkan Ilham
enurut sejarah seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua Kampung Pedas Hilir, Pedas mendapat namanya dari pokok kerdas yang banyak terdapat di kawasan kampung suatu ketika dahulu. Kampung Pedas Hilir pula mendapat nama daripada sebatang sungai iaitu Sungai Pedas yang mengalir di sepanjang kawasan Mukim Pedas. Peneroka asal Kampung Pedas Hilir ialah sekumpulan orang Melayu yang mengusahakan tanah di kawasan Kampung Pedas Hilir. Ada yang bercucuk-tanam, mengusahakan sawah padi dan sebagainya. Dahulu kawasan Kampung Pedas Hilir dikelilingi sawah padi, namun tanaman ini tidak menjadi dan digantikan dengan perladangan kelapa sawit dan juga getah.
|