Bersatu Padu Tatkala Ditimpa Musibah
ianggarkan seramai 2,000 orang penduduk tinggal di Kampung Pedas Hilir. Majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu. Penduduk Kaum Cina lebih tertumpu di kawasan pekan manakala kaum India pula tertumpu di kawasan estet seperti di Ladang Ulu Pedas dan Pedas Estet. Mereka menetap di kawasan perumahan ladang di mana kebiasaannya kuarters disediakan oleh pihak pengurusan ladang.
Kebanyakan penduduk kampung membina rumah mereka secara bertaburan di seluruh kawasan sekitar kampung. Ada juga penduduk kampung yang tinggal secara berpusat di kawasan penempatan baru seperti di taman-taman perumahan. Ada juga segelintir penduduk yang masih lagi tinggal di kawasan penempatan berkelompok seperti di estet-estet dan sebagainya.
“Penduduk Kampung Pedas Hilir sentiasa bergandingan bahu tatkala berlakunya musibah di dalam kampung” |
|
| |
|
Kehidupan masyarakat Kampung Pedas Hilir masih lagi berteraskan masyarakat Melayu tradisional. Amalan ziarah-menziarahi dan semangat kejiranan masih kuat di kalangan penduduk kampung. Nilai-nilai murni ini boleh dilihat dengan jelas terutamanya ketika beberapa kawasan di sekitar kampung mengalami banjir. Penduduk Kampung Pedas Hilir akan berganding bahu melakukan gotong-royong membersihkan kawasan banjir.
|