Buah-Buahan Menambah Ekonomi

P

erladangan antara penyumbang utama kepada pendapatan penduduk Kampung Pedas Hilir. Hampir 70 peratus daripada penduduk kampung di sini memperoleh pendapatan hasil daripada aktiviti menoreh getah. Maka tidak hairanlah rata-rata kawasan Kampung Pedas Hilir dikelilingi oleh ladang getah.

Namun, ada juga penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanah yang subur di sekitar kawasan Kampung Pedas Hilir membuatkan Saliza Sharif tidak mensia-siakannya. Oleh sebab itu, tiga hektar tanah milik keluarganya digunakan sebaik mungkin. Satu hektar daripadanya digunakan untuk penanaman cili manakala selebihnya dijadikan kebun buah-buahan.

 
 
Lebat. Antara tanaman milik Saliza

Antara buah-buahan yang ditanam di dalam kebun beliau ialah buah mangga, buah naga, pokok limau kasturi dan pokok limau nipis. Buah-buahan yang sudah masak dijual kepada masyarakat setempat. Permintaan buah-buahan beliau tidak terhad di kampung-kampung sekitar sahaja malahan hingga ke pasar-pasar raya besar di Lembanh Klang. Beliau turut menjualnya sendiri di merata tempat seperti di gerai buah-buahan yang berada di bawah bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sekitar Kampung Pedas Hilir. Beliau mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam mengusahakan kebun buah-buahannya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK