Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa terletak di Kampung Pedas Tengah, mukim yang sama dengan Kampung Pedas Hilir

Pendidikan Asas Membentuk Rohani

P

endidikan adalah asas kepada pembentukan rohani dan pemikiran seseorang. Sejak dari zaman dahulu lagi, pendidikan menjadi satu kepentingan bagi masyarakat walaupun pada zaman itu, sekolah-sekolah yang dibina kurang lengkap dari segi prasarananya. Namun, kesedaran pendidikan serta sifat dahagakan ilmu pengetahuan mengatasi kekurangan ini.

Terdapat beberapa buah institusi pendidikan di Mukim Pedas. Antaranya ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Institut latihan ini terletak di atas bukit berhampiran dengan mercu tanda Kampung Pedas Hilir. ILP Pedas menyediakan kelas kemahiran berkaitan dengan perindustrian seperti kemahiran pengendalian mesin dan sebagainya.

 

“Sejak dari zaman dahulu lagi, pendidikan menjadi satu kepentingan bagi masyarakat walaupun pada zaman itu, sekolah-sekolah yang dibina kurang lengkap dari segi prasarananya.”
   

Selain itu beberapa buah sekolah turut didirikan di sini bagi anak-anak penduduk Kampung Pedas Hilir menimba ilmu. Antaranya ialah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Taman Pedas Indah dan Sekolah Kebangsaan Pedas. Bagi memenuhi keperluan kaum lain pula, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Chembong turut didirikan. Sekolah-sekolah tersebut terletak berdekatan dengan Kampung Pedas Hilir.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK