Taman Tema Air
aman Tema Air Wet World Air Panas Pedas merupakan satu destinasi percutian menarik yang terdapat di kawasan Pedas. Terletaki kira-kira 10 minit pemanduan dari Pedas, taman tema air ini hanya terletak di pinggir jalan. Tempat ini merupakan sebuah kawasan mandi air panas yang telah dikomersialkan.
Wet World Air Panas Pedas dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Khamis, bermula pada pukul 1.00 petang sehingga 7.00 malam. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am, kolam air panas ini dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tempat meletak kenderaan awam percuma, kedai cenderahati dan gerai makanan.
| |
 |
| |
| Wet World Air Panas Pedas merupakan destinasi percutian yang terdapat di Pedas |
|
Taman tema air ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Terdapat kolam renang yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi pengunjung yang mempunyai masalah kulit digalakkan datang ke Taman Tema Air Pedas kerana mineral di dalam air panas semula jadi ini dikatakan mampu merawat segala penyakit kulit, melegakan sengal-sengal badan dan sakit sendi.
|