‘Roundabout’ Mercu Tanda Kampung

K

ampung Pedas Hilir merupakan salah satu perkampungan yang terdapat di dalam Mukim Pedas. Ia terletak di dalam Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Jaraknya dari Bandar Rembau kira-kira enam kilometer dan empat kilometer dari Mukim Pedas. Orang ramai yang ingin berkunjung ke kampung ini boleh menggunakan Jalan Seremban–Rembau, Linggi-Pedas atau melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Pedas-Linggi. Bentuk muka bumi di sekitar kawasan Kampung Pedas Hilir ialah bertanah pamah serta lereng-lereng bukit yang cerun sesuai untuk aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah.

 
Ciri-ciri bangunan lama di Pekan Pedas
 

Perpustakaan Desa Kampung Pedas Hilir terletak di Batu 3, Kampung Pedas Hilir. Kedudukannya yang berhampiran dengan balai raya dan Masjid Kariah menjadikan perpustakaan desa ini mudah dicari.

Sebuah bulatan atau “roundabout” yang berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas boleh dijadikan sebagai mercu tanda Kampung Pedas Hilir. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pedas Hilir, Abdul Rahman Manan, Kampung Pedas Hilir bermula dari “roundabout” ini sehingga ke Taman Pedas Perdana.

 
 
Kampung Pedas Hilir bermula dari roundabout ini

Terdapat sebuah kolam air panas yang telah dikomersialkan menjadi taman tema air, iaitu Wet World Air Panas Pedas. Kolam air panas ini menarik kedatangan ramai pengunjung tempatan dan luar negara.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK