Seni Kraf Daun Getah
elbagai jenis perniagaan dijalankan di Kampung Pedas Hilir. Pengunjung boleh melihat pelbagai jenis perniagaan dijalankan di pinggir jalan pekan kecil ini. Ada yang membuka kedai makan, perniagaan menjual perabot, kedai gunting rambut dan sebagainya.
“Saliza Sharif mendapat bantuan berupa mesin “laminate” dan mesin mengecat bunga daun getah” |
|
| |
|
Di Kampung Pedas Hilir, terdapat sebilangan penduduk kampung yang berjinak-jinak dalam penghasilan kraf tangan berasaskan daun getah. Salah seorang daripadanya ialah Saliza Sharif. Beliau bersama empat orang penduduk kampung giat menggubah daun-daun getah ini untuk dijadikan hasil seni kraf tangan yang menarik. Pelbagai barangan menarik boleh dihasilkan menggunakan daun-daun getah ini antaranya ialah penanda buku, bunga rampai, bunga hiasan dan sebagainya. Pokok getah yang banyak di sekitar kawasan Kampung Pedas Hilir memudahkan mereka mendapat bekalan daun getah. Daun getah ini perlu mengalami beberapa proses sebelum ia boleh dijadikan kraf tangan.
| |
 |
| |
| Saliza Sharif bersama empat orang penduduk kampung giat menggubah daun getah |
|
Saliza Sharif mendapat bantuan berupa mesin “laminate” dan mesin mengecat bunga daun getah. Mesin-mesin yang disumbangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedikit sebanyak meringankan beban beliau dalam penghasilan kraf tangan unik ini. Kebiasaannya hasil kraf tangan beliau ditempah untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, beliau turut berjinak-jinak dalam pembuatan jeruk mangga. Pelbagai kursus telah dihadiri oleh beliau sebelum berjaya menghasilkan jeruk mangga yang enak. Bangunan pemprosesan jeruk hanya terletak di belakang rumahnya sahaja. Bangunan ini disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Manakala dari segi pembungkusan, beliau dibantu oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
|