Menjamin Kesejahteraan Penduduk

B

agi menjamin kesihatan penduduk kampung, kerajaan telah mendirikan sebuah klinik desa yang terletak berdekatan dengan balai raya dan perpustakaan desa. Klinik ini lebih kepada kemudahan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi. Selain itu ia turut menawarkan rawatan bagi pesakit yang menghidap penyakit ringan seperti batuk, demam dan selesema. Bagi penduduk yang memerlukan rawatan untuk penyakit yang lebih serius, kerajaan juga mendirikan sebuah klinik kesihatan di pekan Pedas iaitu lima kilometer dari kampung ini. Terdapat juga sebuah klinik swasta yang dibuka di Taman Pedas Indah untuk penduduk yang memilih rawatan berbayar.

 
Klinik ini menjadi tumpuan penduduk Kampung Pedas Hilir
 

Sebuah klinik swasta iaitu Klinik Azmi terletak di tengah Pekan Pedas. Beberapa perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas City Liner dan bas mini, ditawarkan di sini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK