Balai Bomba antara badan yang terlibat dalam soal keselamatan penduduk kampung

Soal Keselamatan Dititik-beratkan

S

oal keselamatan lazimnya merupakan tanggungjawab semua pihak walaupun wujudnya agensi-agensi kerajaan seperti polis dan tentera. Bersama pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk (JKKK), penduduk Kampung Pedas Hilir berganding bahu dalam memastikan keselamatan kampung mereka terpelihara. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan keselamatan, penduduk akan berhubung dengan balai polis terdekat yang terletak di Pekan Pedas.

“Bersama pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk (JKKK), penduduk Kampung Pedas Hilir berganding bahu dalam memastikan keselamatan kampung mereka terpelihara.”

 
   

Selain JKKK, terdapat juga persatuan sukarela seperti Rukun Tetangga yang kebiasaannya berkawal dan membuat rondaan di taman-taman perumahan. Rukun Tetangga dianggotai oleh penduduk sesebuah taman perumahan yang peka dan mengambil berat soal keselamatan.

Di Pedas, Pusat Rukun Tetangga terletak di Tabika Perpaduan Pekan Pedas. Segala mesyuarat berkaitan aktiviti Rukun Tetangga dijalankan di tabika perpaduan ini. Masalah-masalah berkaitan soal keselamatan dan segala isu-isu berbangkit akan dibincangkan dan diselesaikan secara muafakat

 
 
Penafian | Laman Web KTAK