Kemudahan Serba Lengkap

D

alam kehidupan seharian, pelbagai jenis kemudahan asas diperlukan bagi menyempurnakan keperluan hidup. Kemudahan elektrik, air dan komunikasi adalah antara kemudahan asas yang wajib diperoleh. Di Kampung Pedas Hilir, hampir kesemua penduduknya memperolehinya.

 
Balai raya di kampung Batu 3
 

Selain itu, terdapat juga kemudahan prasarana yang disediakan untuk kegunaan orang ramai. Antaranya Balai Raya Batu 3 Kampung Pedas Hilir yang terletak di sebelah Perpustakaan Desa Kampung Pedas Hilir. Balai raya ini digunakan untuk pelbagai program kemasyarakatan dan program khas mesyuarat ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Perkumpulan Wanita dan sebagainya.

Kemudahan untuk beribadat turut disediakan di kampung ini seperti pembinaan Masjid Kampung Pedas Hilir. Masjid ini boleh memuatkan seramai 350 orang jemaah. Selain itu terdapat juga kemudahan-kemudahan yang berhampiran dengan kampung ini seperti balai polis, dewan, gelanggang, bola keranjang, pejabat pos, tandas awam, perhentian bas dan lain-lain turut disediakan di kawasan mukim Pedas.

 
Kedua-dua kemudahan ini terletak di Pekan Pedas, tidak jauh dari Kampung Pedas Hilir.
 
 
 
Kedua-dua kemudahan ini terletak di Pekan Pedas, tidak jauh dari Kampung Pedas Hilir.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK