Merapatkan Perpaduan Masyarakat Majmuk

J

awatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan sesama penduduk, tidak kira bangsa ataupun kaum. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan secara telus kepada penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik-pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.

 
 
Jalan utama kampung dinaik taraf

JKKK Kampung Pedas Hilir diketuai oleh Abdul Rahman Manan yang berasal dari Kuala Pilah. Beliau dibantu oleh setiausahanya iaitu Mohd Kamal Haji Sharif dan beberapa orang anggota lain. Antara projek yang dijalankan oleh JKKK Kampung Pedas Hilir ialah projek menurap semula dan menaik taraf jalan kampung hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk membaiki jalan-jalan kampung yang rosak dan meningkatkan lagi taraf kemudahan pengangkutan di sekitar kawasan kampung.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK