Menoreh Getah Sumber Ekonomi

P

ertanian merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan penduduk Kampung Pedas Hilir. Kebanyakan tanah di kampung ini digunakan untuk tanaman getah, kelapa sawit, buah-buahan dan sayuran. Sumber pendapatan utama penduduk Kampung Pedas Hilir ialah menoreh getah. Lebih kurang 70 peratus penduduk kampung di sini terlibat dalam aktiviti perladangan getah dan kelapa sawit. Selain itu, ada juga segelintir penduduk kampung yang membuka perniagaan sendiri, bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta. Perniagaan yang dijalankan oleh penduduk kampung biasanya adalah secara kecil-kecilan seperti gerai makan, gerai kraf tangan, gerai produk kampung dan sebagainya. Gerai-gerai kecil ini selalunya terletak di sepanjang jalan utama.

 
 
Gerai-gerai yang terdapat di pinggir jalan
 
 
Penafian | Laman Web KTAK