Sebuah bulatan atau “roundabout” yang berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas boleh dijadikan sebagai mercu tanda Kampung Pedas Hilir. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pedas Hilir, Abdul Rahman Manan, Kampung Pedas Hilir bermula dari “roundabout” ini sehingga ke Taman Pedas Perdana. |
JKKK Kampung Pedas Hilir diketuai oleh Abdul Rahman Manan yang berasal dari Kuala Pilah. Beliau dibantu oleh setiausahanya iaitu Mohd Kamal Haji Sharif dan beberapa orang anggota lain. Antara projek yang dijalankan oleh JKKK Kampung Pedas Hilir ialah Projek Menurap Semula dan Menaik Taraf jalan kampung hasil kerjasama dengan Kementerian Kerja Raya.
|