Melahirkan Belia Berwawasan
ecara amnya, golongan belia terdiri dari mereka yang berumur antara 11 hingga 19 tahun. Kebiasaannya, pada peringkat umur begini, golongan muda mudah terdedah dengan pelbagai gejala yang kurang sihat. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan golongan belia tidak leka dan alpa.
 |
|
| Kemudahan gelanggang futsal |
|
|
“Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan golongan belia tidak terlibat dalam gejala-gejala yang kurang sihat” |
|
| |
|
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan belia yang berwawasan, pelbagai kursus diadakan untuk golongan belia Kampung Pedas Hilir. Antara kursus-kursus yang pernah diadakan ialah kursus keusahawanan, pengurusan dan sebagainya.
Menurut Mohd Taiff Osman, Pengerusi Pergerakan Belia 4B Kampung Pedas Hilir terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan golongan belia kampung di sini. Beliau yang telah memangku jawatan Pengerusi Belia 4B selama lapan tahun berkata, antara aktiviti yang giat dijalankan di Kampung Pedas Hilir ialah pertandingan sukan. Pertandingan sukan antara kampung atau daerah misalnya, kerap diadakan saban tahun di padang Kelab Sukan Komuniti Rembau.
Terdapat juga persatuan seni mempertahankan diri di Kampung Pedas Hilir. Persatuan Silat Betawi dipengerusikan oleh Mohd Boha Yunos. Sebuah gelanggang untuk latihan dibina di Taman Pedas Perdana yang terletak kira-kira lima kilometer dari Perpustakaan Desa Kampung Pedas Hilir. Kebiasaannya latihan diadakan setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Menurut Mohd Boha Yunos, waktu yang paling sesuai untuk latihan ialah selepas Maghrib sehingga ke tengah malam kerana waktu ini konsentrasi para pelatih berada pada tahap maksimum.
|