Teknologi di hujung jari

Merapatkan Jurang Digital

P
 
 
Antara bahan rujukan dan buku-buku yang disediakan

erpustakaan Desa Kampung Paya Jakas merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain. Di bawah program USP, setiap perpustakaan desa atau klinik desa terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Paya Jakas merupakan Balai Raya Kampung Paya Jakas. Perpustakaan kemudiannya, diubah suai dan mula beroperasi pada tahun 1999. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang sesuai di kalangan pelajar serta penduduk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak, malah terdapat juga orang dewasa yang menggunakan perkhidmatan disediakan.

 
Perpustakaan yang mengekalkan ciri tradisi Melayu
 

Aktiviti-aktiviti tertentu dirancang oleh Perpustakaan Desa Kampung Paya Jakas meliputi pelbagai peringkat umur. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan mewarna dan melukis, belajar menggunakan internet, latihan penggunaan komputer serta pertandingan membaca. Perpustakaan ini di bawah seliaan Azura Haji Hamdan untuk menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Kampung Paya Jakas beroperasi dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK