Dahulu pekan ini hanya dipenuhi dengan pokok-pokok dan semak samun

Wujud Pada Tahun 1952

A

sal-usul Kampung Paya Jakas adalah sebuah penempatan yang dipercayai wujud pada 12 Disember 1952. Pembukaan Kampung Paya Jakas berpunca dari keadaan zaman darurat yang tidak tenteram dan sering diganggu pengganas satu ketika dahulu. Di awal penerokaan, penduduk kampung sekitar iaitu orang Melayu dari Kampung Hulu Jementah dan orang Jawa dari Kampung Lepan Jakas telah dipindahkan ke sini. Seluas 0.61 hektar tanah diperuntukkan oleh kerajaan untuk dijadikan sebagai penempatan penduduk.

Kampung Paya Jakas mendapat namanya dari kawasan paya yang wujud ketika awal penerokaannya. Penduduk Kampung Paya Jakas ketika itu menjumpai sejenis pokok Jakas seakan-akan pokok mengkuang yang tumbuh di sekitar kampung mereka. Akhirnya mereka menamakan kampung mereka sebagai Paya Jakas.

"Pelbagai anugerah telah dikecapi Kampung Paya Jakas, antaranya mendapat Naib Johan Keceriaan Peringkat Negeri dan Johan Peringkat Daerah bagi Masjid Kampung Paya Jakas."  
   

Selepas itu, sebuah Majlis Tempatan telah diwujudkan bagi mentadbirkan kampung ini dan mereka telah melantik Tuan Haji Ahmad Dahlan sebagai Pengerusi yang pertama. Namun pada tahun 1965, Majlis Tempatan telah dibubarkan dan pada tahun 1970 Tuan Haji Ahmad Dahlan telah dilantik sebagai Ketua Kampung pertama mentadbir Jementah 6.

Pelbagai anugerah telah dikecapi Kampung Paya Jakas, antaranya mendapat Naib Johan Keceriaan Peringkat Negeri dan Johan Peringkat Daerah bagi Masjid Kampung Paya Jakas. Kini, dari sebuah penempatan yang kecil berkembang dengan adanya infrastruktur lengkap dan membangun. Namun, penduduk Kampung Paya Jakas masih mempertahankan warisan masyarakat Melayu tradisional.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK