Pengunjung-pengunjung Hutan Lipur Gunung Ledang pada waktu cuti sekolah

Mesra Sesama Penduduk

M

engikut bancian, dianggarkan penduduk di sekitar Kampung Paya Jakas seramai 400 orang. Kira-kira 90 peratus penduduknya berbangsa Melayu dan selebihnya kaum India. Walaupun Kampung Paya Jakas diduduki oleh kaum Melayu dan India, namun penduduk di sini masih mengeratkan hubungan silaturahim dengan kaum Cina yang tinggal di kampung-kampung sekitar.

 
Penduduk di sini gemar meluangkan masa terluang bersama keluarga
 

Walaupun Kampung Paya Jakas terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan. Pembangunan yang dikecapi oleh penduduk kampung dan pertambahan penduduk menyebabkan bertambahnya beberapa projek perumahan di dalam kampung ini. Terdapat pelbagai jenis rumah seperti rumah batu, perumahan awam dan rumah bertingkat yang didiami di tanah sendiri ataupun disewa. Walaupun dihimpit arus pembangunan, namun penduduk masih tidak melupakan adat resam dan budaya yang diwarisi oleh generasi terdahulu.

Penduduk Kampung Paya Jakas terkenal dengan sikap mesra, bersopan-santun dan berbudi bahasa. Ini sekali gus dapat memperkayakan dan mengekalkan adat resam dan kebudayaan sedia ada. Sikap tolak ansur antara penduduk yang diamalkan menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK