Transisi Pertanian Komersial
| |
 |
| |
| Deretan pokok getah yang mengalirkan hasil |
|
ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Kerajaan sendiri mahukan sektor pertanian menjadi salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, kegiatan pertanian merupakan salah satu kegiatan yang popular di Kampung Paya Jakas sejak dahulu.
Ladang Getah
Sektor perladangan getah di Kampung Paya Jakas merupakan sumber ekonomi utama penduduk di sini. Penduduk kampung mengusahakan ladang getah untuk menambahkan pendapatan keluarga. Terdapat beberapa ladang getah yang diusahakan oleh penduduk kampung secara persendirian. Ladang-ladang getah di Kampung Paya Jakas dianggarkan seluas 52 hektar. Sektor perladangan ini masih menjadi penyumbang utama dalam ekonomi penduduk kampung walaupun melibatkan golongan dewasa dan tua sahaja.
Tanaman Kontan
Tanaman seperti pisang dan sayur-sayuran diusahakan secara kecil-kecilan di tanah yang dimiliki sendiri ataupun disewa daripada pemilik tanah. Hasil tani yang diperoleh dijual di sekitar kampung dan dijual kepada peraih.
|