Sekolah Kebangsaan Paya Jakas tempat menuntut ilmu

Pendidikan Berkualiti

U

ntuk membentuk manusia yang berilmu, kerajaan telah menyediakan dan membina pelbagai kemudahan infrastruktur di Kampung Paya Jakas. Antara kemudahan tersebut termasuklah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Sekolah Agama dan Tabika KEMAS.

Di antara sekolah rendah yang berhampiran dengan Kampung Paya Jakas ialah Sekolah Rendah Kampung Paya Jakas dan Sekolah Agama Kampung Paya Jakas. Sekolah Rendah berkenaan terletak di dalam kawasan Kampung Paya Jakas. Bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Jementah terletak di Pekan Jementah kira-kira dua kilometer dari Kampung Paya Jakas.

Di samping itu, terdapat juga Institut Pengajian Tinggi iaitu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan di Daerah Segamat. Kampus ini ditubuhkan pada bulan Disember 1983 terletak di Bukit Siput, Segamat. Tetapi tidak lama kemudian kampus ini terpaksa dipindahkan ke lokasi yang lebih besar di Segamat Baru. Namun pada Januari 1990, kampus ini berpindah sekali lagi ke lokasi tetapnya di Jalan Muar, Segamat. Pengarah UiTM Johor pada masa ini ialah Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Haji Ibrahim.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK