Sekeluarga mandi di jeram Hutan Lipur Gunung Ledang

Hutan Lipur Gunung Ledang

N
  "Perkataan Ophir berasal dari Bahasa Ibrani."
   

egeri Johor sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Malaysia. Alam semula jadi yang nyaman dan keunikan budaya masyarakat setempat dikagumi pelancong. Kehijauan hutan tropika dan kedinginan air terjunnya mengusik jiwa setiap pelancong yang datang ke Johor . Salah satu tempat destinasi pelancongan bagi penduduk Kampung Paya Jakas ialah Hutan Lipur Gunung Ledang yang terkenal dengan air terjunnya.

 
Kawasan percutian ini sarat dengan pengunjung pada waktu cuti sekolah
 

Hutan Lipur Gunung Ledang merupakan tempat beriadah untuk setiap golongan. Semuanya datang ke Gunung Ledang bagi mengisi masa cuti sekolah dan beriadah. Gunung Ledang juga dikenali sebagai "Mount Ophir" yang terletak di Daerah Ledang, Johor. Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 1,276 meter. Lokasi pelancongan ini terletak di Sagil kira-kira 20 kilometer dari Pekan Segamat, 30 kilometer dari Muar atau 45 kilometer dari Bandar Melaka.

Terdapat beberapa kisah berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Satu kisah tentang sejarah Gunung Ledang adalah tempat menyimpan emas yang menarik kedatangan pedagang dari Greece dan China. Gunung Ledang dahulunya dikenali sebagai “Ophir” yang berasal dari bahasa Ibrani. Pada kurun ke-14, pelayar China berulang-alik dari Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai “Kim Sua” yang bermaksud “Gunung Emas” (Golden Mountain).


Legenda Puteri Gunung Ledang

"...satu jambatan emas dan perak yang dibina dari Melaka ke Gunung Ledang. Sultan Melaka juga diminta menyediakan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anak Sultan Mahmud Shah."  
   

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan legenda Puteri Gunung Ledang. Dalam sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud. Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa pendekar telah diutus untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Oleh itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan bertemu seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai Nenek Kebayan. Nenek Kebayan itu adalah samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang mungkin tidak mampu ditunaikan baginda.

 
Kemeriahan suasana yang dapat dirasai
 

Nenek Kebayan meletakkan syarat satu jambatan emas dan perak yang dibina dari Melaka ke Gunung Ledang. Sultan Melaka juga diminta menyediakan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anak Sultan Mahmud Shah. Kesemua syarat itu mampu ditunaikan oleh Sultan Mahmud melainkan semangkuk darah puteranya. Oleh kerana tidak dapat memenuhi permintaan Nenek Kebayan hasrat Sultan Mahmud mengahwini Puteri Gunung Ledang tidak kesampaian.

Kepada para pengunjung, Hutan Lipur Gunung Ledang menyediakan pelbagai kemudahan. Terdapat chalet untuk disewa dengan harga berpatutan serta kedai-kedai yang menjual makanan, minuman dan juga kraf tangan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK