Daerah Tertua
egamat merupakan sebuah daerah paling tua di Negeri Johor Darul Takzim. Segamat menyimpan pelbagai kisah sejarah silamnya sehingga di gelar “Daerah Legenda”. Sejarah silam Daerah Segamat dikaitkan dengan kehebatan Kerajaan Malim Dewa. Cerita yang berkisarkan Raja Malim Deman yang mencintai Puteri Santan Bertapis tetapi tidak kesampaian dan akhirnya baginda bersumpah, di mana Daerah Segamat akan dilanda banjir jika puteri yang dicintai tidak dijumpai. Akhirnya daerah ini dikenali sebagai “Daerah Sumpahan Malim Deman”.
| |
"Jika dahulu jalan di sini masih bertanah merah, kini keadaan itu telah berubah sama sekali. Hampir semua jalan berturap dan dilengkapi dengan papan tanda untuk kemudahan penduduk kampung." |
| |
|
 |
|
| Kemudahan jalan raya ke Kampung Paya Jakas yang selesa |
|
|
Kampung Paya Jakas terletak dalam Mukim Jementah di Daerah Segamat. Jarak perjalanan ke Pekan Jementah sejauh 19 kilometer dari Bandar Segamat. Sebelum memasuki Kampung Paya Jakas, terdapat sebuah replika buah limau bali didirikan di kawasan Kampung ini. Perpustakaan Desa Kampung Paya Jakas terletak lebih kurang dua kilometer dari pekan Jementah. Pelbagai kemajuan dan pembaharuan berjaya dilaksanakan bagi penduduk Kampung Paya Jakas. Jika dahulu jalan di sini masih bertanah merah, kini keadaan itu telah berubah sama sekali. Hampir semua jalan berturap dan dilengkapi dengan papan tanda untuk kemudahan penduduk kampung.
Kebanyakan penduduk di sini mencari rezeki melalui sektor pertanian kerana ia merupakan pekerjaan tradisi yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Selain itu, kaum belia pula, lebih terdedah untuk berniaga, bekerja sendiri dan makan gaji di dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta. |