a
 
 
   
  Klinik berhampiran yang memberi bantuan rawatan

Ke Arah Kesihatan Sejahtera

K

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Kemudahan yang diberikan membuatkan penduduk di negara ini dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bersemangat. Tidak terkecuali penduduk di Kampung Paya Jakas dapat menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Kesihatan Jementah yang terletak di dalam Pekan Jementah. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik kesihatan ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Paya Jakas dan kawasan-kawasan berdekatan. Klinik Kesihatan Jementah juga memberikan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dilengkapi pelbagai kemudahan-kemudahan perubatan yang moden untuk rawatan kesihatan bagi setiap golongan umur.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK