Balai Polis Jementah

Keselamatan Tanggungjawab Bersama

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Kampung Paya Jakas berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan kampung mereka. Selain itu, tanggungjawab ini dipikul oleh JKKK dengan mewujudkan Biro Keselamatan yang menjadi tonggak penduduk.

 
Anggota Polis di sini sentiasa bersedia membantu
 

Kampung Paya Jakas terletak di bawah kawasan atau kawalan Balai Polis Jementah yang terletak tiga kilometer dari Kampung Paya Jakas. Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, soal keselamatan di Kampung Paya Jakas bukan merupakan satu masalah yang berbangkit.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK