Kemudahan Untuk Komuniti
| |
 |
| |
| Masjid yang selesa untuk penduduk Islam di kampung |
|
emudahan asas yang terdapat di Kampung Paya Jakas boleh dikatakan lengkap yang telah dibangunkan oleh Pejabat Daerah Segamat. Kemudahan asas utama ialah jalan raya yang berturap membolehkan orang ramai datang ke sini tanpa masalah. Penduduk Kampung Paya Jakas kini mampu menikmati bekalan air bersih dan juga mendapat manfaat daripada projek pembangunan kerajaan seperti mendapat bekalan elektrik dan juga perkhidmatan telefon.
| "...dewan orang ramai, klinik kesihatan, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Kampung Paya Jakas menggunakannya." |
|
| |
|
Kemudahan prasarana yang lain seperti dewan orang ramai, klinik kesihatan, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Kampung Paya Jakas menggunakannya. Selain itu, sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut disediakan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan dan bandar berdekatan.
|