Memelihara Kesejahteraan
| |
 |
| |
| Jalan masuk ke Kampung Krishna |
|
ampung Paya Jakas terletak bersempadan dengan Kampung Hulu Jementah dan Kampung Krishna yang merupakan kampung diduduki oleh kaum India. Kampung-kampung rangkaian ini dikenali sebagai Jementah 6 dalam mukim yang berbeza. Kampung-kampung rangkaian ini adalah gabungan beberapa kampung kecil dan ditadbir oleh seorang Ketua Kampung. Namun begitu, wujud juga kawasan taman perumahan baru di sekitar kampung ini. Dengan adanya taman perumahan yang berdekatan dengan kampung ini, hubungan kejiranan antara kedua-dua kawasan menjadi lebih erat.
 |
|
| Jementah bersempadan dengan Kampung Paya Jakas |
|
|
Penduduk kampung berkomunikasi dengan kampung sekitar melalui hubungan kebudayaan dan sukan. Aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Jakas sering mendapat sambutan penduduk dari kampung-kampung sekitar. Aktiviti yang diadakan seperti aktiviti kesukanan, program keagamaan dan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara penduduk.
Kebanyakan penduduk di kampung ini menghargai kepentingan dan mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting dalam membentuk masyarakat bersatu padu, maju, sejahtera dan harmoni. |