Tuan Haji Hamdan Abdul Aziz

Meningkatkan Modal Insan

K

ampung Paya Jakas ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong- royong, bersukan dan lain-lain.

 
 
Salah seorang wakil JKKK turut membantu memberi penerangan

JKKK ditadbir oleh seorang Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Hamdan Abdul Aziz yang menjaga penduduk kampung sekitar Jementah 6. Di bawah pentadbiran beliau, pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Keselamatan Kampung, Biro Pertanian, Biro Kebajikan, Biro Belia, Biro Wanita Biro Agama. Sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.


Sehingga kini program-program yang telah dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti gotong-royong bersama-sama pelatih Program Khidmat Negara dari Kem Sri Ledang, Tangkak. Antara program yang diadakan seperti membersihkan kampung sekitar bersama penduduk dan aktiviti kesukanan bagi merapatkan hubungan silaturahim.
JKKK Kampung Paya Jakas sentiasa mengharapkan kerjasama penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan dasar-dasar kerajaan.



 
Penafian | Laman Web KTAK